Food Calorie List

"Food Calorie List" merupakan inisiatif SusuSejat.Com dalam mewujudkan sebuah database (dalam bentuk ebook) sebagai rujukan nilai kalori sesebuah makanan, terutamanya makanan-makanan yang lazim di Malaysia. Konsep database ini telah diilhamkan daripada konsep "buku panduan telefon" dan "buku sifir" (dalam bidang matematik, sebelum terciptanya kalkulator saintifik), dan ia diharapkan bakal memudahkan para penggunanya dalam menentukan nilai kalori sesebuah makanan yang hendak diambil.

Dari masa ke semasa, ebook ini telah dibangunkan dan diperbaiki kandungannya agar sentiasa lengkap dan selari dengan perkembangan semasa. Ebook ini diedarkan secara percuma, dan jika anda mendapati terdapat sesetengah individu yang menjualnya, sila maklumkan pada SusuSejat.Com dengan kadar segera. Proses penghasilan ebook ini memakan masa, wang dan tenaga, dan diharapkan anda dapat membantu SusuSejat.Com berkembang dengan mempromosikannya (ebook) dan blog ini dengan teman-teman atau ahli keluarga yang lain. Terima Kasih.


Change Log (with download links)

Food Calorie List 1.0
  • Diedarkan menerusi emel mulai 30 May 2010, versi pertama FCL

Food Calorie List 1.1
  • Diedarkan menerusi emel mulai 31 May 2010, sehari selepas versi pertama FCL
  • Pembetulan pada nilai kalori "capati" dan "roti canai" (typo)

Food Calorie List 1.2
  • Diedarkan menerusi emel mulai 10 June 2010
  • Penukaran alamat website daripada "http://sususejat.blogspot.com" kepada "www.sususejat.com" (dah beli domain sendiri)

Food Calorie List 2.0
  • Diedarkan kepada umum secara terus mulai 27 September 2010
  • Layout baru - lebih ceria dan comel
  • Dilengkapi "panduan pengguna" dan kandungan muka surat.
  • Pertambahan beberapa makanan-makanan baru dalam kategori "Carbohydrate Based Food" [Bubur Nasi, Nasi Tomato, Mee Kolo, Papadom, Pulut, Roti Naan, Roti Sardin]; "Protein Based Food (Land)" [Beef Soup, Beef Thai Chilli Pattaya, Chicken 'Masak Merah', Chicken Tomyam, Chicken Vindaloo, Quail Egg (Telur Puyuh), Serunding Daging, Tandoori Chicken (leg), Tandoori Chicken (breast), Tauhu (soft), Tauhu (hard), Tempeh]; "Protein Based Food (seafood)" [Roe (Telur Ikan)]; "Delicacies" [Cheesecake, Egg Roll, Kerepek Bawang, Keropok Ikan, Muruku Kalistar]; "Drinks" [Mango Juice]; dan "Fruits" [Dragon Fruit].
  • Kategori baru: "Vegetables" dan "Beans/peas".
  • Dilengkapi dengan template Food Log - membantu anda merekod makanan harian yang diambil dengan lebih teratur.
  • Dilengkapi nilai kcal/g.
  • Ebook FCL 2.0 boleh dimuat turun secara percuma di sini.

Tiada ruangan muat turun untuk FCL versi 1.0, 1.1, dan 1.2 (Limited Edition). Jika anda berminat untuk menyimpannya sebagai koleksi peribadi, sila dapatkannya daripada mereka yang terawal memilikinya sebelum ini.

Perlukan Daily Calorie Tracker? Direka dalam format Excel berdasarkan konsep dan formula yang diterangkan dalam ruangan "Kelas kalori", ia membantu anda dalam memantau jumlah kalori yang diambil dalam sehari dengan lebih mudah. Dapatkannya secara percuma di sini.

Suka entri ini? Share dengan rakan-rakan..
Related Posts with Thumbnails