June 11, 2010

5 Sebab mengapa golongan berkerjaya menolak Sarapan

Terdapat satu pepatah Inggeris yang berbunyi

"Eat breakfast like a king, lunch like a prince, and dinner like a pauper"

bermaksud "Bersarapanlah seperti seorang Raja, makan tengahari seperti seorang Putera, dan makan malam seperti si papa kedana"

Apakah yang cuba disampaikan menerusi pepatah ini? Mari kita tafsirkan bersama keratannya yang pertama, iaitu bersarapan. Di permulaan pagi, yakni awal pagi, kita memerlukan sumber tenaga yang mencukupi agar tubuh badan dapat memulakan aktiviti seharian dengan baik. Tambahan pula, badan kita kekurangan bekalan nutrien dek kerana 'berpuasa' sepanjang tempoh 8 jam tidur.


Ya benar, kita semua menyedari akan hal ini, namun masih ramai di kalangan kita yang kurang peka sekaligus mengabaikan pengambilan sarapan, terutamanya mereka yang sangat sibuk dengan bidang kerjaya yang diceburi.

Di sini, aku ingin menyenaraikan 5 sebab utama mengapa kita sering mengabaikan sarapan. Kita mulakan dengan...

1 - Tiada Selera

Faktor: Bosan dengan menu sarapan yang sama, tiada selera untuk bersarapan. Sampai satu tahap, boleh membawa kepada rasa mual (nak muntah).

Penyelesaian: Variasikan menu sarapan anda. Cari sesuatu yang melazatkan, tetapi masih dikategorikan sebagai berkhasiat. Bangun lebih awal dan berikan masa 1-2 jam selepas bangun sebelum menikmati makanan. Bahagikan juga makanan anda kepada beberapa hidangan kecil, dan makan secara berperingkat.


2 - Masih Mengantuk

Faktor: Barangkali tidak cukup tidur, atau memang cukup tidur, tetapi gaya hidup dan pemakanan yang 'lemah' menjadi faktor kepada kurang kecergasan.

Penyelesaian: Tidur sekurang-kurangnya 8 jam sehari, amalkan pemakanan yang seimbang dan fokus makanan yang kaya dengan micronutrien (vitamin dan mineral), lakukan senaman 2-3 kali seminggu.


3 - Kesuntukan Masa

Faktor: Kononnya takut dimarahi bos, atau sengaja nak tunjuk lagak rajin, menjadi staf yang pertama sampai di tempat kerja. Sampai di pejabat, tugasan semalam masih bertimbun-timbun. Nak tak nak, sarapan terpaksa dilupakan.

Penyelesaian: Disipilinkan diri agar tidur lebih awal, dan bangun lebih awal. Sediakan sarapan 'segera' seperti roti bakar bersama segelas susu rendah lemak. Jika tidak sempat untuk menikmatinya di rumah, jadikan ia sebagai bekal apabila ke pejabat.


4 - Faktor semulajadi "Tak biasa"

Faktor: Tidak biasa bersarapan sejak dibangku sekolah lagi (ketika waktu rehat pergi ke perpustakaan). Tabiat ini terbawa-bawa hingga ke alam pekerjaan.

Penyelesaian: Mulakan pergaulan bersama mereka yang 'kaki sarapan' (teman untuk bersarapan) dan berbincanglah sesuatu yang menyeronokkan antara kalian.


5 - Takut Gemuk!!

Faktor: Fobia terhadap peningkatan berat badan.

Penyelesaian: Makan secara teratur dan secara ala-kadar tidak akan membuatkan anda naik berat badan. Jika masih berasa was-was dan takut, sila kawal pengambilan kalori ketika bersarapan agar anda tidak melebihi had.


Apa akan terjadi jika saya tidak bersarapan? Jawapan kepada soalan ini aku rumuskan dalam persamaan berikut:

Tidak bersarapan = Metabolisma tubuh terjejas = Tubuh badan lesu = Metabolisma jatuh = NAIK BERAT BADAN.

Suka entri ini? Share dengan rakan-rakan..

2 comments:

Justiffa said...

Aunty setuju dgn saranan joy.. mmg ia yang terbaik utk diamalkan. but personally, aunty not much of a breakfast person, dalam kesibukan pagi selalu ter-miss. buat breakfast utk anak2 followed by a mad rush to work (also dah tak lalu masakan sendiri lol) so its usually brunch for me - in between breakfast & lunch. tapi awal pagi aunty usually minum & telan kapsul omega 3 and EPO dulu.

Another thing to share, bagi mereka yang masih ligat beraksi di tengah malam (futsal, lepak, online, xbox etc) hati2 jangan di iringi dgn aktiviti makan sbb makan malam akan membuat berat badan bertambah dgn cepat/banyak.

And maaf, terpanjang plak komen aunty -_-'

Joy Kalonas said...

Aunty Justiffa,

Your case is like the no.4 factor, but you would say you won't have much time for 'lepaking' and have breakfast with your working mates, and there's the no.3 solution to practice.. but I recommend you to try fruits as your breakfast, sedap tau Aunty! ;)

Omega-3 and EPO are both good supplements, and I can imagine you as an active and healthy women in the mid of 50.. =D

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts with Thumbnails