May 15, 2010

Joy, macam mana nak jadi 'tinggi'?

Ada beberapa kawan pernah bertanyakan soalan seperti ini, dan berikut adalah jawapan aku..

Nak jadi tinggi ni bergantung pada genetik/keturunan ke? Tak juga. Aku pernah mengenali pasangan suami isteri ni (orang veteren, aku panggil pakcik dan makcik), asal dari Kelantan, tapi dah menetap di US sejak awal perkahwinan mereka lagi. Perkahwinan mereka dikurniakan 2 orang anak lelaki. Ketinggian pakcik dan makcik ni sederhana saja, seperti orang melayu yang lain, malah mereka lebih rendah dari aku. Tetapi 2 orang anak lelaki mereka ni sungguh tinggi, dah macam anak orang putih (american accent mereka juga sungguh pekat).

Jadi, apakah faktor yang membuatkan mereka boleh jadi tinggi sebegitu rupa? Berikut aku senaraikan tips yang aku percaya amat berguna buat mereka yang memerlukan.

1 - Senaman - lakukan weight training sekurang-kurangnya 2 kali seminggu, dan senaman hendaklah fokus kepada belakang (tulang belakang/spine).

2 - Backward Bend - lakukan senaman ni setiap pagi, selepas bangun tidur.

Backward Bend

3 - Sumber Tenusu - Minum susu setiap hari, pagi, petang, dan malam. Ketika sarapan pagi tu, biasakan makan roti bersama-sama keju (cheese). Sumber tenusu kaya dengan kalsium dan vitamin D yang membantu pertumbuhan tulang.

4 - Elak Kafein - Katakan TIDAK pada kopi, teh dan coklat, kerana minuman-minuman ini mengandungi kafein (kafein menghalang penyerapan kalsium untuk pembentukan tulang). Sekarang korang faham kenapa doktor/mak tak bagi korang minum kafein masa kecik-kecik dulu?

5 - Tidur - Tidur dengan secukupnya setiap hari, sekurang-kurangnya 7 hingga 8 jam.

6 - Disiplin - Ikut semua petua-petua di atas, jangan sekali-kali mengelat. Anda akan nampak keputusannya selepas tempoh 2-3 bulan, InsyaAllah.


P/S: Tips di atas juga bergantung pada faktor umur. Manusia masih boleh jadi 'tinggi' ketika awal 20-an (ada yang sampai umur 24 tahun pun masih boleh meningkat tinggi, ada juga yang dah berhenti seawal 22 tahun, ini bergantung pada genetik/jantina).

Suka entri ini? Share dengan rakan-rakan..

6 comments:

danial said...

TQTQ

Joy Kalonas said...

sama-sama danial..

ermm said...

ermmmmm weight training yg fokus kepada belakang (tulang belakang/spine) tu ape ... ?? ?

Joy Kalonas said...

senaman yang melibatkan back/lower back movement, seperti deadlift, bent row, cable row, dan hyper-extensions. boleh google, atau search di youtube untuk cara-cara melakukannya. atau jika anda seorang yg sentiasa ke gym, boleh bertanya kepada personal-personal trainer di sana (Takkan la diorang tak nak tolong kan?)

ermm said...

ooowh k k

Anonymous said...

assalamualaikum..kalau tak pergi gym tpi nak buat aktiviti untuk tulang belakang bagaimana?apakah exercisnya?:-)

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts with Thumbnails