Entri ini adalah kesinambungan entro terawal Susu Sejat yang bertajuk "Adakah Kamu Rakyat Malaysia Itu?"
1 - Majalah bercorak wanita dan keluarga banyak menceritakan artikel berkenaan diet dan kesihatan, tetapi majalah tersebut turut menyelitkan resepi-resepi yang majoritinya berkalori tinggi.
2 - Bersungguh-sungguh untuk mengikut sunnah (diet) Rasulullah ketika bulan Ramadhan, iaitu memulakan hidangan dengan buah-buahan manis seperti buah tamar/kurma, tetapi apabila berakhirnya bulan Ramadhan, buah-buahan manis hanya disentuh selepas menikmati berpinggan-pinggan nasi dan lauk.
3 - Ber'diet' bagai nak rak untuk kurus selama 1 bulan, tetapi selepas 1 bulan, kembali kepada budaya makan yang lama. Golongan seperti ini bergelar 'ekstremis' - ekstrim ketika makan dan ekstrim ketika ber'diet'.
4 - Ramai beranggapan dan memahami 'diet' itu istilah ditujukan khas buat mereka yang mahu kurus, sebagai contoh "aku nak diet la" akan membawa maksud "aku nak kurus la". Meskipun definisi ini sudah mula diterima pakai oleh majoriti di seluruh dunia, istilah diet yang sebenar membawa maksud cara pemakanan seseorang. Makan di McDonald setiap hari juga merupakan diet (yang tidak sihat).
5 - Merungut apabila kehabisan stok gula di kedai runcit, atau apabila harga gula di pasaran dinaikkan. Tetapi apabila minum diluar, langsung tidak kisah membelanjakan RM2 untuk membeli minuman manis yang hanya mempunyai beberapa sudu teh gula, sedangkan sekampit gula 1kg berharga cuma RM1.60.
6 - Bersungguh-sungguh bagai nak rak senaman di hujung minggu, tetapi apabila datang kepada gaya hidup, seboleh-boleh hendak senang. Seboleh-boleh hendak mengelakkan tangga dan menggunakan lif walaupun pejabat hanya terletak di tingkat 2. Ingatlah, senaman itu bukan hanya di hujung minggu, senaman itu ada di mana-mana. Senaman itu terdapat dalam gaya hidup kita.
7 - Bersungguh-sungguh untuk menurunkan berat badan, walhal berat badan sudah berada pada julat normal (bukan obese mahupun overweight). Ingatlah bahawa kurus itu hanyalah matlamat sampingan, sedangkan matlamat yang betul ialah untuk terus kekal sihat sehingga ke tua.
8 - Mempercayai produk lebih daripada mempercayai pakar-pakar yang berkenaan termasuklah doktor, dietitien atau physician. Memang kedua-duanya mampu membantu kita untuk mencapai berat yang diingini, namun niat kedua-dua kelompok ini berbeza. Pakar-pakar akan menekankan aspek kesihatan dalam mencapai berat badan yang diingini, manakala pengeluar produk menekankan aspek keuntungan (wang daripada pengguna).
9 - Sibuk mempromosikan 'diet' yang diamalkan secara saintifik, menyebut berbagai-bagai konsep biokimia yang terlibat di sebalik diet tersebut, namun hakikatnya langsung tidak pernah membuka buku teks Biochemistry sepanjang hayatnya.
10 - Sering menulis artikel dan berhujah berkenaan metabolisma, diet dan kesihatan dalam blog, namun tidak mengamalkannya. Malah dirinya sendiri overweight! (Ada ke orang macam ni? Ada.. Susu Sejat sendiri tahu siapa orang tu.)
Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk dijadikan sempadan. Selamat menikmati cuti hujung minggu!
Suka entri ini? Share dengan rakan-rakan..
July 4, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
sangat setuju...
bila nk diet punya laaaa bersungguh2!!
tapi bile dh agak lame..=.='
sendiri tahu laa.
wahida: sendiri tahu? macam mana tu? explain sikit ;)
bersederhana la..kan itu yang dituntut..makan secara besederhana..bukan melantak..
diet bkn semate2 utk kuwus..tp lebih utk kesihatan...yg penting berat yg ideal...kalau kuwus sgtpon leh bwk penyakit...ape2 pon kesihatan diutamakn...:-)
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.