Nasi Lemak. Nasi Goreng. Kuey Teow Goreng. Burger 'Ramon'*.
Empat jenis makanan tersebut terus ligat berlari-lari di segenap penjuru fikiranku. Sungguh aku berada dalam dilema. Hendak memilih yang mana? mana hidangan pemuas selera? mana pilihan hati sang raja?
Ah, tak mengapalah! Nanti pasti rakanku Izar dari kelas 5 Kejora akan datang menjengukku ke sini. Jam di dinding pun baru menunjukkan pukul 9 malam, sesi prep (preparation class) malam tersebut baru nak bermula, merepeklah kau Joy!
Sudah menjadi lumrah, penghuni sekolah berasrama penuh seperti aku akan berasa lapar pada sebelah malamnya. Tidak cukup makan barangkali? Atau adakah hidangan makan malam sebelum waktu maghrib sebentar tadi kurang berseri, hinggakan tidak mampu untuk membuka seleraku menambah nasi berulang kali? Begitulah juga dengan rutin 'budak asrama' yang lain. Tiada ruang santai untuk berhibur atau mengadap kaca televisyen. Kami wajib mengikuti sesi prep di sekolah pada sebelah malamnya untuk beberapa jam sebelum menunaikan solat Isyak secara berjemaah di surau.
Sejam sudah berlalu. Kalkulator saintifik yang ku pegang sedari tadi ku campakkan jauh-jauh. Aku benar-benar dibuai resah dan gelisah, kerana kata putus masih juga belum dibuat.
"Mana Izar dengan Kaq? Selalunya malam jumaat sebegini rajin berjalan-jalan dari kelas ke kelas," bisik hati kecilku. Aku pandang keadaan sekeliling kelas 5 Waruna, dan rata-ratanya semua rakan masih tekun menelaah dan menyiapkan kerja sekolah yang diberi. Ku toleh pula ke belakang. Afiq masih menyembam kepalanya di atas meja belajar, sambil dilingkari kedua belah tangannya. Begitulah keadaannya lebih sejam yang lalu. "Nyenyak tidur ni," fikirku lagi.
Aku bingkas bangun lantas keluar menuju ke kelas 5 Kejora. Aku perhatikan sudah ramai yang berborak di beranda, seakan-akan wujudnya sebuah pesta. Aku menghampiri mereka, dan rupa-rupanya sesi memesan makanan sedang dilakukan. Tanpa membuang masa, aku mula membuka bicara,
"Mus, malam ni apa ada?"
"Macam biasa la ejoy. Hehe. Kuey Teow Goreng dan Nasi Lemak. Ko nak order tak?" jawab Mus, gayanya seperti seorang lelaki bisnes.
"Aku tak tahu lagi la Mus. Rasa macam nak makan nasi goreng 'ramon' dengan burger 'ramon' malam ni. Tapi ko paham-paham je la. Kalau lambat sikit, habis burger-burger tu."
"Hehehe. Baiklah. Tapi jangan fikir lama-lama sangat. Karang dah ramai yang order, bahagian ko pulak tak de. Jumlah terhad je ni."
"Ye ke, aiseh! Ini yang buat aku berada dalam dilema ni. Tak pe la, susah sangat, ko bagi la aku Kuey Teow goreng."
"Haaaa. Macam tu la. Nak yang biasa atau yang ada telur?"
"Biasa dah la. Sebungkus je tau. Aku rasa macam nak makan 'ramon' pula lepas ni, haha. Bayar macam biasa kan?"
"Yup, bayar bila nak tuntut nanti, kat dorm, bilik biasa tau."
"Ok Mus. Cantek bebenor la tu."
Perbualan ditamatkan, dan aku terus meninggalkan kekecohan tersebut dan menuju ke arah Izar yang sedari tadi tekun melukis. Budak kejuruteraanlah katakan. Secara perlahan aku menghampiri, lantas menegur beliau,
"Bro, apa cerita? Awat skema sangat?"
"Tadak cerita la, serabut ada la dok buat benda alah ini, leceh. Tak macam hang, kerja dok hapai buku Biology ja."
"Dah, tok sah merapu lagi. Ni, hang nak ikut aku ke tak? Kita pi pekena 'ramon'."
Mendengar sahaja perkataan ramon, Izar terus ketawa. Besar sekali ketawanya, sinis, sebelum membalas,
"Hang kalau ramon.. laju!"
"Beb, serius ni, kena cepat. kalau lambat, habis kena sambar dengan budak-budak pompuan yang tak sembahyang Isyak. Hang cuba bayangkan bau daging dalam..."
"Cet. Cilaka betui hang! Tiba-tiba aku terus rasa lapaq. Nak pi pukui berapa?"
"Hahaha. Kita gerak sekarang la, dah pukul 10.15 dah ni. Kalau gerak lambat, alamatnya memang penuh la pompuan dok kerumun sana."
"Ok ok. Aku kemas barang aku sekarang,"
"Ok, aku pun nak pi kemas jugak. Eh, nak ajak kaq sekali?"
"Kaq dia dah order Kuey Teow Goreng teloq dengan Mus, dua bungkuih!"
"Tapi sebenarnya, aku pun dah... tadak apa-apa la. Aku pi kemas sat. Tunggu kat tangga macam hari tu."
Selepas mengemas buku dan perkakas belajar, aku dan Izar bergegas menuju ke lokasi yang dimaksudkan. Kami menggunakan laluan yang sunyi dan gelap agar tidak dijejaki warden yang bertugas. Semakin lama, kelibat si penjual kerdil mula kelihatan disebalik samar-samar lampu 'pondok menunggu' berhampiran Aspuri*.
"Dik, Nasi Goreng ada lagi tak?" Sapa Izar dengan penuh ramah.
"Mestilah ada. Abang berdua ni first customer malam ni, hehe" balas kanak-kanak tersebut, cuba berseloroh. Aku anggarkan umurnya dalam lingkungan 10 hingga 11 tahun. Kadang-kadang aku berasa hiba, tetapi kagum dengan kecekalan beliau, kerana dalam usia semuda ini, beliau sedaya upaya cuba membantu meringankan beban keluarga, tanpa mengenal siang atau malam.
"Ok. Bagi abang 3 bungkus," aku secara tiba-tiba mencelah.
"3 bungkus?! Hang gila ka apa ni?" Izar seakan-akan terkejut dengan pesanan aku.
"Lapaq bro. Kalau lapaq, kena makan," balas aku kembali.
"Tak boleh jadi ni, aku pun kena bedal 3 bungkus jugak la." Ternyata nafsu Izar tercabar setelah mendengar pesanan aku tadi.
"Ok. 3 bungkus, jumlahnya seringgit lapan puluh sen," ujar si adik penjual. Lalu aku menghulurkan kepada beliau 2 keping wang kertas bewarna biru.
Selesai sahaja pembayaran, secara tiba-tiba muncul beberapa orang gadis, semakin lama semakin ramai jumlahnya. Aku memberi isyarat kepada Izar untuk mula beredar dan menuju ke lokasi yang lain.
"Hang nampak tak, apa akan berlaku kalau kita lambat tadi? Nampak tak?" Soal aku kepada Izar.
"Nampak ka, tak nampak ka, belakang cerita. Yang aku tahu, kita makan dulu, pastu baru pergi Surau sembahyang Isyak"
"Hang ni memang kelakar sungguh la! Jom, aku nampak bangku kat hujung tu, macam terlindung sikit dari pandangan orang. Kita santap kat situ lah, amacam?"
"Jom.."
Kegelapan malam itu menjadi saksi aktiviti sulit kami berdua. Jauh daripada pandangan manusia bernama warden, jauh juga dari pandangan rakan yang suka 'pow*' (meminta-minta). Meminta-minta? Aku tidak bermaksud menyamakan mereka dengan pengemis, malah aku sendiri pernah melakukan tabiat yang sama. Hakikatnya, itulah budaya asrama yang berpegang teguh pada prinsip 'Sharing is caring' - makanan yang ada haruslah dikongsi bersama. Namun apa lagi yang harus dilakukan jika jumlah makanan adalah terhad dan perut pula berasa lapar, seperti yang kami alami sekarang?
Tanpa bersuara, kami terus menikmati 3 bungkus nasi goreng yang dibeli dengan rakus sekali. Aroma bawang goreng dan sambal daging cincang benar-benar membuka selera kami berdua malam itu seluas-luasnya. Hantu? Penunggu? Langsuir? Semua perasaan takut itu kami buang jauh-jauh. Apa yang mengusai kotak fikiran kami hanya satu, iaitu kesedapan dan keasyikan menikmati Nasi Goreng Ramon. Tiada lain, hanya Nasi Goreng Ramon!
Selesai solat Isyak secara berjemaah di Surau, aku bergegas meninggalkan Izar yang sedang khusyuk berdoa. Tinggal satu lagi misi yang harus aku jejaki, iaitu menuntut Kuey Teow Goreng daripada Mus. Entah mengapa ketika ini aku masih belum berasa kenyang. Adakah aku benar-benar lapar, atau apa yang ku rasai hanyalah sekadar bayangan nafsu? Dalam perjalanan menuju ke lokasi Mus, aku sempat menjeling ke arah dewan makan yang mula dipenuhi para pelajar yang baru sahaja pulang dari Surau seperti aku. Aku? Tak mainlah biskut kering!
Setibanya aku di lokasi yang dimaksudkan, aku lihat bilik sudah pun lengang. Habis barangkali?
"Apa pasal lengang je Mus? Dah habis ke?"
"Memang dah habis, tinggal ko sorang je lambat, hehe. Nah, sebungkus kan?"
"Haah, ini duitnya"
"Terima kasih, halal yea ejoy"
"Halal.. wah, panas lagi ye Kuey Teow ni, memang mantap la Mus!"
Aku berlari-lari anak menuju ke kamarku yang terletak di tingkat 3 asrama Blok B, dan ternyata kamar masih gelap, menandakan penghuni yang lain masih belum pulang. Mungkin masih berada di dewan makan, menikmati beberapa hidangan supper berupa beberapa keping biskut kering bersama secawan milo susu.
"Biskut kering dengan Milo susu? Mana nak kenyang. Kuey Teow Goreng ni lagi best" bisik hatiku, sambil melonjak-lonjak kegembiraan. Berdebar. Aku fikir inilah waktu yang paling tepat untuk menikmati makanan yang lazat tanpa diganggu sesiapa, tanpa di 'pow'* oleh sesiapa. Namun, sedang aku tekun menikmati tidak sampai separuh juadah di depan mata, secara tiba-tiba aku mendengar derapan selipar dari arah luar dan...
"Haaaaaa. Joy, hang makan apa tu haaa?"
Alamak, Izar la!
*******
Kisah di atas adalah olahan semula kisah benar aku sewaktu belajar di Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah (SERATAS). Moral daripada cerita, janganlah kedekut dengan makanan, kelak kamu juga akan rugi! (Gemuk = rugi)*Glosari:
Ramon: Nama seorang perkerja sekolah di SERATAS. Beliau (menerusi anak-anak beliau) sering menjual makanan seperti burger dan nasi goreng pada sebelah malam di pondok menunggu.
Aspuri: Asrama Puteri (perempuan).
Pow: Adalah budaya meminta-minta makanan/duit daripada rakan yang cukup popular di sekolah, terutamanya sekolah berasrama.
Suka entri ini? Share dengan rakan-rakan..
13 comments:
belakang sekali,2 dari kanan.
mantop ah joy...terkenang time skolah dulu...
ari2 hg ckp bla hg blk mesia izaq nk blanje ramon 30 bungkus, mkn 3 org?? jd x??
siut la...aku baca rasaa deja vu .... kih kih kih...
terbaik bro....aku pn dh lupe sape ke ramon tue.....hahaha....
"Kegelapan malam itu menjadi saksi aktiviti sulit kami berdua." - totally 18sx stuff!
nice post. brings back those days.
oit. 5 zuhrah kelas ako. izaq kelas kejora. appa la dey!
Zainul @wak: Are you sure wak? Hahaha.. Nice one. Lupa nak taruh nama hang selaku penjual nasik goreng pak lah.. =D
Kaq: Thanks. 30 bungkuih apa. sembang jaa lebih dia tu, haha!
Pal33x: Betul la tu, 7 tahun lepas kita dah mimpi semua ni bakal berlaku (dalam blog) LOL
Anonymous: Tq.. Tak kenal siapa anda, tapi ramon tu yang jual burger/nasi sebelah aspuri malam2. ada 3 orang anak dia yg selalu jual, sorang perempuan, 2 orang lelaki. Aku ingat lagi nasi dengan burger semua dia taruh dalam bakul warna biru..
Hare: Thanks dude. saje je tu, buat suspen sikit, haha. Aku tak sempat nak cerita drinking milo team punya aktiviti setiap malam.
Amin @Pundi: Tq bro, aku dah betulkan dah, Tak ingat pulak nama kelas hujung tu, hahaha.
TKENANG BEB TIME F5 DLU...HEHE.KITE JIRAN..AKU KT MRSM TAIPING DLU.HAHA
Anonymous 2: Hai jiran, lama tak dengar khabar =)
perghhh..
legend!!!!...
kueytiow dgn sambal power gile...
aku terbayang rangup taugeh dia nih...
mantap ejoy! mantap!
haah jubek, togeh dalam kuey teow tu sengaja dirangupkan.. kuey teow tu pulak lembut2 basah, panas.. pergh.. hahaha.
oooo....mrsm taiping....sy mrsm pengkalan chepa dulu...kawan saya ramai juga bekas mrsm taiping
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.