July 30, 2010

5 Superfood pilihan Susu Sejat

Mesti ramai yang tertanya-tanya, apakah yang dimaksudkan dengan Superfood. Adakah ia merupakan makanan yang hebat, sehebat Superman? Atau ia sekadar jenama produk untuk makanan-makanan tertentu?

Istilah Superfood telah mula timbul di barat sejak awal 1900 lagi. Superfood diklasifikasikan sebagai makanan yang paling berkhasiat di antara makanan-makanan yang lain, atau dalam bahasa yang mudah difahami, "best among the best" (Paling hebat di antara yang terhebat).

Untuk diiktiraf sebagai Superfood, sesebuah makanan itu harus mematuhi syarat-syarat berikut:

1 - Mampu mencegah penyakit-penyakit kronik
2 - Mempertingkatkan tahap kesihatan dan kecergasan kepada satu peringkat
3 - Tidak menggemukkan (peningkatan berat lemak)
4 - Kaya dengan phytonutrien, antioxidants dan mineral
5 - Terbukti dan disahkan khasiatnya menerusi kajian-kajian saintifik

Kalau para pembaca rajin, bolehlah google sendiri beberapa Superfood yang diceritakan di internet, tetapi sukacita dimaklumkan bahawa Susu Sejat ingin berkongsi 5 makanan, yang pada hemat Susu Sejat, layak dilabel sebagai Superfood. Apakah makanan-makanan tersebut? Jom kita terjah.

1 - Walnut


Kalori per gram: 6.54kcal/g

Khasiat: Selain mengandungi protein, walnut kaya dengan sterol tumbuhan yang mampu menurunkan paras kolestrol dalam darah, disamping kandungan asid lemak omega 3 nya yang tinggi, antara yang tertinggi berbanding sumber kekacang yang lain. Walnut juga mengandungi serat, Vitamin B Kompleks, magnesium dan antioxidants seperti Vitamin E.

Cara Penyediaan: Ambil segenggam walnut yang sudah dimasak (dengan oven), cincangkannya dan masukkan ke dalam makanan/masakan kegemaran anda.


2 - Brokoli (Broccoli)


Kalori per gram: 0.34kcal/g

Khasiat: Mengandungi beberapa antioxidants, termasuklah Vitamin C, dan juga lutein yang mampu melambatkan risiko untuk mendapat penyakit "Age-related macular degeneration, (AM) iaitu penyakit berkaitan penglihatan. Brokoli juga mengandungi folate (folic acid) yang dipercayai mampu mencegah penyakit berkaitan jantung, dan sejenis phytochemical yang dikenali sebagai sulphoraphane yang mempunyai sifat anti-kanser.

Cara Penyediaan: Ambil beberapa tangkai brokoli, sama ada yang mentah atau separuh masuk, potong dan masukkan kedalam masakan kegemaran anda seperti tom yam, sup sayur, dan sebagainya.

Nota tambahan: Sayur-sayuran berwarna hijau gelap yang lain juga mempunyai ciri-ciri yang sama seperti brokoli.


3 - Buah Delima (Pomegranate)


Kalori per gram: 0.68kcal/g

Khasiat: Mengandungi antioxidants yang berguna seperti polyphenols, tannins dan anthocyanins; dan kandungan antioxidants ini adalah lebih tinggi daripada antioxidant yang terkandung dalam teh. Kajian awal menunjukkan buah delima berupaya menurunkan paras kolestrol (LDL kolestrol) dalam darah dan menurunkan tekanan systolic darah.

Cara Penyediaan: Kupas 1-2 biji buah delima, kumpulkan isinya (yang berbiji-biji) dan kisarkan dengan alat pengisar untuk dibuat jus minuman.


4 - Ikan Salmon


Kalori per gram: 1.82kcal/g

Khasiat: Selain tinggi kandungan protein, vitamin dan mineral, ikan salmon juga kaya dengan asid lemak omega 3 yang terbukti mampu mengurangkan risiko untuk mendapat penyakit jantung.

Cara Penyediaan: Sepotong daging ikan salmon boleh dimasak secara kukus, atau dimasak secara grilled.


5 - Roti Gandum Penuh


Kalori per gram: 2.50kcal/g

Khasiat: Selain rendah G.I, yang mampu memanjangkan lagi tempoh kenyang, mencegah penyakit berkaitan jantung dan mengawal berat badan, roti gandum penuh juga kaya dengan serat yang mampu memperbaiki cara sistem pelawasan bekerja. Bintil-bintil pada roti gandum penuh juga mengandungi asid lemak yang sihat.

Cara Penyediaan: Beberapa potong roti gandum penuh boleh dimakan bersama sumber protein yang lain.


Itulah dia 5 Superfood pilihan hati Susu Sejat. Apabila digabungkan kelima-lima Superfood tersebut, maka...

Beberapa potong roti gandum penuh dimakan bersama ikan salmon masak kukus (yang ditaburkan bersama beberapa biji Walnut dan beberapa potong brokoli). Tidak lengkap rasanya jika hidangan ini tidak dilengkapi dengan segelas jus buah delima. Inilah yang dinamakan hidangan Superfood cara Susu Sejat!

Suka entri ini? Share dengan rakan-rakan..

4 comments:

nisa_jaafar said...

110% agreed..! hidup sy dlm sebulan lebeh ni mmg mkn roti gandum+biskut high fiber+sayur+buah+exercise sket2.. within a month trn 5kgs... superb kan.. :)

Joy Kalonas said...

Hi nisa, memang superb.. itulah rahsia sebenar 'Superfood'. Satu lagi rahsia, Rain (Artis Korea, pelakon Ninja Asassin tu), 80% daripada diet beliau ketika 'rip-off' (turunkan body fat %) adalah seperti yang dicadangkan di atas ;)

amnikhassim said...

boleh cadangkan cara turunkan berat bagi ibu2 menyusu?

hihi... sori kalo kuar tajuk

Joy Kalonas said...

amnikhassim, kalau baby tu maseh kecil, seelok-eloknya fokus dulu menyusukan baby tu, sampai la dia dah besar, dan boleh menerima makanan lain, baru start your goal. Bukan apa, dikhuatari kamu akan kekurangan nutrien dan zat yang penting untuk penghasilan susu badan/kolostrum. Potong pengambilan kalori bererti potong pengambilan jumlah dan jenis makanan, dan selalunya mereka yang berdiet ni taksub dengan satu2 jenis makanan (menidakkan nasi, menidakkan kuning telur, dan sebagainya).

Ingat, apa yang awak makan, adalah benda yang akan masuk dalam baby tu jugak. Baby tu nak membesar, tapi awak nak menyusut. Rasa-rasanya kena tak situasi tu? Tak bukan.. So, ikut apa yang saya sarankan tadi ok.. =)

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts with Thumbnails