Q: Teringat saya satu mitos berbunyi, "Alahai, aku baru lepas makan tadi, dah nak terkeluar balik. Rugi betul!". Pernah dengar ramai yang berkata sebegitu kan, namun betulkah mitos ini?
A: 'Bowel movement' (pergerakan lawas dalam usus), yang istiqamah penting untuk kesihatan usus dan keseluruhan badan. Secara normal, setiap pagi kita sepatutnya ada 'bowel movement' terutama pada sebelah pagi. Ini kerana sarapan pagi yang diambil akan memberikan kesan 'gastrocolic reflex', bermaksud apabila terdapat makanan masuk melalui perut, seterusnya usus kecil, ia akan menggalakkan pergerakan lawas (tahi) yang sedia ada di kolon. Ini sekaligus akan memberi rasa hendak berak. Ia sesuatu yang normal apabila seseorang yang mengambil sarapan pagi akan merasa 'perut senak', terutama jika mereka belum berbuat demikian sebelum itu.
Q: Ada yang berkata sayur-sayur dari jenis brassica (sayur berciri-cirikan bunga) seperti broccoli ni tak sesuai untuk detox. Oh, maka maksudnya, sayur-sayur begini bukan sumber lawas yg bagus ler, begitu? Ada tak senarai sayur-sayuran yang sesuai diambil untuk tujuan detox, atau mengelak sembelit?
A: Akak (Toffee Sedap) ada terbaca sebuah buku Naturopathy (ditulis oleh Elyane T Brightlight. phD. bertajuk "Natural Childcare"), sayur-sayur jenis Brassica seperti broccoli, cabbage, brussel sprouts dan cauliflower lambat dihadamkan; sayur-sayuran jenis ini membuatkan proses pencernaan menjadi perlahan, maka tidak digalakkan untuk ambil oleh mereka yang hendak menjalani detox.
Beliau berkata boleh makan semua sayur-sayuran di atas muka bumi ini kecuali Brassicas, memandangkan Brassica merendahkan BMR anda. Antara lain petikan daripada buku tersebut berbunyi lebih kurang seperti berikut "In Northen and Eastern Europe, where they eat a lot of pork, they also eat a lot of cabbage. Why is it so? Simple, pork is difficult to digest, so if you eat pork with cabbage, which slows the BMR, it ensures your intestine will have plenty of time to digest it. In the pacific region, where they do not grow cabbage, they eat it with pineapple or papaya, to help digesting it. That is why the brassicas are not a good choice for people who want to lose weight".
Beliau juga menambah, untuk tujuan detox (pembersihan usus) atau menurunkan berat badan, adalah digalakkan untuk makan buah grapefruit (limau bali), lemons dan limes (limau nipis) kerana buah-buahan ini kurang fruktosa dan kurang manis. Kena ingat, fruktosa juga akan dipecahkan kepada glukosa apabila sudah memasuki perut.
*******
Lain-lain info berkenaan diet dan jenis tahi (menggunakan situasi bayi sebagai contoh, dan boleh diaplikasikan kepada orang dewasa juga memandangkan bayi juga manusia):
1 - Untuk bayi yang HANYA minum susu ibu, secara umum tahi yang terhasil adalah dari jenis 6, berwarna kekuningan dan kurang berbau (sweet-smelling stool). Ini berbeza dengan bayi yang minum susu berformula (susu tin), tahi mereka sedikit berbau, berwarna sedikit gelap berbanding yang pertama, namun tekstur nya adalah hampir kurang sama. Nampak bagaimana tingginya martabat susu ibu?
2 - Untuk bayi yang sudah mula mengambil bubur, secara umum tahi yang terhasil adalah sama seperti tahi orang dewasa, dari jenis 3 hingga 5.
3 - Amalan "Liquid diet" iaitu mengambil makanan dalam bentuk cecair semata-mata adalah tidak digalakkan kerana ini bakal membawa ketidakseimbangan dalam sistem lawas. Amalkan pemakanan seimbang, berdasarkan tips yang dinyatakan sebentar tadi, ok?
P/S: Kredit kepada Toffee Sedap dan Yana Ali atas info yang disumbangkan. Nanti kongsikan banyak info lagi dengan Susu Sejat ok? ;)
Suka entri ini? Share dengan rakan-rakan..
1 comments:
ehem ehem. dah ada 'arkib' nampak. dulu ada orang anti arkib. muahaha.
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.