August 18, 2010

Kisah mereka...

Alhamdulillah, akhirnya setelah hampir 4 bulan dibuka, sampai juga Susu Sejat pada entrinya yang ke-99. Pengalaman, pahit, manis, suka dan duka para pembaca benar-benar membuatkan aku tersenyum. Tersenyum bukan apa, tersenyum kerana rata-rata pembaca yang mengikuti tips di sini berjaya mencapai matlamat berat badan yang mereka inginkan.

Dikesempatan ini, aku ingin berkongsi serba sedikit kejayaan para pembaca Susu Sejat yang berjaya menurunkan berat badan setelah mengamalkan ilmu dan tips yang diceritakan dalam blog ini. Semoga entri kali ini dapat memberikan satu aura momentum yang baru kepada para pembaca Susu Sejat yang lain dalam mengatasi masalah berat badan yang mereka alami. Sila klik pada setiap screenshot berikut untuk resolusi lebih jelas.

Ini antara senarai email yang aku terima berhubung Ebook "Food Calorie List". Sehingga saat ini, aku kira sudah hampir 75 orang menggunakannya. Dan seperti yang dijanjikan, ebook senarai kalori ini aku berikan secara percuma.

Ini antara soalan/masalah yang paling aku suka, best of the best, diutarakan oleh saudari "Beruang Kutub" (nama samaran):

Untuk masalah itu, aku cadangkan beliau agar mengubah sedikit nisbah pengambilan karbohidrat, protein dan lemak.

Dan Alhamdulillah, 5 hari kemudian...


Sahabat aku sendiri, Zulsyazwan adalah antara mereka yang mula-mula mempraktikkan teknik mengira kalori daripada aku, disamping mengamalkan senaman secara berterusan. Hasilnya..


Berikut juga adalah beberapa testimoni awal beberapa pembaca yang sudah mengamalkan diet cara Susu Sejat:

1) Shareena

2) Ruzita

3) Neesa

4) Jamaliah dan Nursuriani

5) Iko dan Idany

6) Fragile dan Yana

7) Dan beberapa lagi sahabat emel

Terdapat beberapa lagi respon positif daripada mereka yang telah mengamalkan tips yang terdapat di blog Susu Sejat dan page rasmi Susu Sejat di Facebook. Rasanya tak dapat aku nak ceritakan semuanya dalam satu entri ini, memandang terlalu ramai sebenarnya yang memberikan jawapan yang positif.

Buat mereka yang namanya tidak disebut di sini, usah bimbang, tidak bererti progres kamu tidak bagus. Teruskan berusaha, kerana usaha itu adalah tangga kejayaan. Susu Sejat akan sentiasa menyokong usaha murni anda, sampai bila-bila. When there is a will, there is a way. Dengan Susu Sejat, tiada yang mustahil!

P/S: Aku amat berharap suatu hari nanti aku dapat membimbing mereka yang ingin menaikkan berat badan secara sihat. Nantikan entri istimewa daripada Susu Sejat malam esok, sempena entri Susu Sejat yang ke-100.

Suka entri ini? Share dengan rakan-rakan..

6 comments:

azman.redza said...

tahniah ejoy!
sangat membanggakan!

Justiffa said...

Keep up the good work joy :D

Anonymous said...

very excellent and smart blogging, may God reward the blogger.
Just like BMW tagline : Joy turns vision into reality hehe

Joy Kalonas said...

Tq Man, aunty Justiffa, and whoever you are, Anonymous.. I like the tagline by the way =)

Anonymous said...

Ops BMW's tagline is The Ultimate Driving Machine, Btw, that sentence, I found while browsing yahoo Australia - a BMW Australia advert - :)

Joy Kalonas said...

OOoo.. jauh sampai ke Australia mencari tagline tu, hehehe.. btw, I still like it.. gonna post it as my FB wall ^__^

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts with Thumbnails