Bagi mereka yang mengikuti rancangan ini sejak musim pertama lagi, pasti menyedari akan pertambahan berat badan yang ketara ditunjukkan pengacara yang kini memasuki usia 40 tahun ini.
Menyedari akan hal itu, pada penghujung 2007, Maria telah mendaftarkan diri untuk program pengurusan berat badan di sebuah pusat kecantikan "Keep Slim beauty and slimming" dan hasilnya, berat badan beliau turun sebanyak 4kg selepas mengikutinya selama 1 bulan setengah.
Berikutan itu, Maria juga telah dilantik menjadi duta kepada "Keep Slim Beauty & Bodyline" sekaligus melayakkan beliau mengikuti program pengurusan berat badan secara intensif selama 3 bulan bermula May 2008 untuk menurunkan berat badan beliau kepada beberapa kg lagi.
Itu kisah Maria Tunku Sabri beberapa tahun yang lalu. Umum sedia maklum bahawa tempat beliau sebagai pengacara JJCM telah digantikan oleh anak kepada chef nombor satu negara, Serina Redzuawan untuk JJCM musim yang ke-13 (2010). Rakaman untuk musim terbaru JJCM ini telah dimulakan sejak 25 November 2009 yang lalu, dan masih berkeudara sehingga kini.
Tengahari tadi, aku menonton rancangan tersebut di TV3 dan aku sedikit terkejut apabila melihat badan Serina yang sudah sedikit berisi. Betul ke dia sudah berisi, atau itu cuma ilusi sang Susu ketika berpuasa? Harap para pembaca yang lain dapat memberikan pandangan berdasarkan foto-foto berikut.
Sudah menjadi lumrah, pengacara rancangan bercorak sebegini akan mengalami pertambahan berat badan dalam masa yang singkat, bukan sahaja di Malaysia, malah diluar negara juga. Ambil contoh Adam Richman, iaitu pengacara sebuah rancangan tv yang ditayangkan di Travel Channel, Man Vs Food - sama seperti JJCM, cuma lebih berkonsep kepada cabaran makan secara 'gila-gila'. Untuk menyeimbangkan kembali situasi pemakanannya yang ekstrim, Adam akan meluangkan masa untuk bersenam 2 kali sehari ketika pengambaran dijalankan!
Adam Richman dicabar untuk menghabiskan kesemua makanan yang dihidangkan dalam rancangan "Man Vs Food"
Apa yang Susu Sejat ingin tahu kini ialah, bagaimana agaknya rupa Serina beberapa tahun dari sekarang. Adakah beliau akan 'mengikuti jejak langkah' ikon JJCM sebelum ini? Adakah beliau juga akan memilih "Keep Slim Beauty & Bodyline" sebagai platform untuk menurunkan berat badan, atau adakah beliau akan memilih...... Harap semua sedia mengerti.
Sumber: MyGosip.Com, CloveTwo.Com, dan LATimes.Com.
Suka entri ini? Share dengan rakan-rakan..
4 comments:
dalam JJCM ni serina mengandung... tapi mengandung pun ditambah pulak makan dengan penuh selera huhuhu... tu yg nampak makin tembam... lepas pantang nanti kurus balik la kot.. huhu
linda, baru tahu yang dia sekarang tengah pregnant ;) Tapi still nak tengok rupa dia 2-3 tahun dari sekarang (kalau dia kekal sebagai pengacara JJCM la) =D
o ye ke dia mengandung... tak tahu pula. sepatutnya org mengandung tak blh host show begitu, mana boleh sebarang makan.. hehe. Mengingatkan saya pada cook Nigella Lawson di AFC yg kelihatan berisi setiap kali show.
Maria Tunku Sabri, saya ingat dulu memulakan karrier sebagai pembaca berita TV3 pada sekitar tahun 96, 97 kot, masa tu memang kurus.
Adam Richman, setiap kali termenonton show dia, saya menjadi terlalu kasihan padanya.
Anonymous, mungkin ada betulnya. Tapi rasanya semua pengambaran dah lama berakhir, sekarang ni tunggu masa untuk deliver je. Nigella Lawson, Maria Tunku Sabri, dan Adam Richman. Ktiga-tiganya nampak berisi di kaca tv ;D
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.