Apakah yang dimaksudkan dengan Biological Value of Protein?
Biological Value (BV), atau Bioavalability of Protein adalah skala ukuran yang menentukan berapa banyak (peratus) protein yang betul-betul diguna pakai oleh tubuh badan. Skala ini juga boleh difahami sebagai sejauh mana effiesiennya (kepantasan) sesebuah protein tersebut masuk ke dalam darah manusia, dihantar ke serata tubuh melalui sistem peredaran darah, sekaligus digunakan oleh sel dalam tubuh badan untuk tujuan pertumbuhan. Secara analoginya, konsep BV sesebuah protein adalah sama seperti konsep Glycemic Index (GI) bagi sesebuah karbohidrat.
Bagaimana skala BV ini ditentukan?
Terdapat 2 kaedah umum dalam menentukan skala BV sesebuah protein:
1 - Peratus sebenar protein yang digunakan - kaedah ini digunakan dalam perbincangan saintifik. Nilai peratusan ini ditentukan berdasarkan nisbah kandungan nitrogen yang betul-betul 'masuk' menjadi sebahagian daripada tubuh manusia (untuk tujuan pertumbuhan seperti pertumbuhan otot, kulit, dan sebagainya). Bagaimana untuk mengetahui jika sesebuah protein (jumlah nitrogen) itu diguna pakai dan menjadi sebahagian daripada tubuh manusia? Caranya ialah dengan menentukan perbezaan diantara protein yang diambil dengan protein yang "tidak dipakai atau diperlukan" - yakni protein/nitrogen yang disingkirkan melalui tahi dan air kencing. Sebagai contoh*, 20g protein A mungkin diambil oleh Ali, namun apabila diuji, terdapat kira-kira 15g protein yang wujud pada tahi dan air kencing Ali. Ini bererti hanya 5g protein sahaja yang menjadi sebahagian daripada tubuh Ali: membawa maksud BV untuk protein yang Ali makan itu adalah 5g/20g x 100 = 25%.
*Ini adalah sekadar contoh yang telah dipermudahkan, hakikatnya proses penentuan BV protein melalui cara ini adalah lebih kompleks dan memerlukan formula tertentu.
2 - Skala relatif dengan sebiji telur - Menerusi skala ini, BV sesebuah protein ditentukan berdasarkan sejauh mana sesebuah protein itu berjaya dicernakan berbanding sebiji telur. Telur digunakan sebagai pengukur dalam skala ini memandangkan telur mempunyai kadar pencernaan protein yang terbaik secara semulajadi (telur diberikan nilai '100'). Untuk perbincangan lanjut berkenaan topik BV ini, SS akan menggunakan skala yang kedua ini memandangkan skala ini diterima pakai secara meluas dalam bidang nutrisi dan arena bina badan (bodybuilding).
Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi nilai BV sesebuah protein?
1 - Komposisi Amino Acid
Amino Acid adalah asas kepada Protein, seakan-akan benang yang merupakan asas untuk membentuk sehelai baju. Protein terbentuk hasil kombinasi 21 jenis amino acid ini, dan setiap protein mungkin mempunyai komposisi amino acid yang berlainan. Protein pada ikan mungkin mempunyai komposisi amino acid yang berbeza berbanding protein yang terdapat dalam kacang soya. Secara umumnya, terdapat 9 jenis amino acid yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan manusia, dan harus diambil menerusi diet: dikenali sebagai Essential Amino Acids (EAA). Semakin kurang EEAs dalam sesebuah protein, maka semakin rendah nilai BV nya.
2 - Cara penyediaan (memasak)
Memasak mungkin akan merendahkan nilai BV sesebuah protein. Sekarang anda faham mengapa telur mentah/separuh masak itu lebih baik dimakan berbanding telur yang dimasak penuh.
3 - Kandungan Vitamin dan mineral
Kewujudan vitamin dan mineral tertentu juga membantu meningkatkan nilai BV sesebuah protein.
Bagaimana hendak memahami konsep BV, sekaligus mempraktikkannya dalam pemakanan kita?
Protein yang mempunyai tinggi nilai BV nya haruslah diambil ketika kita sedang aktif, atau ketika transisi daripada pasif kepada aktif (sebelah siang, sebelum bersenam, selepas bersenam, dan ketika berbuka puasa), manakala protein yang mempunyai rendah nilai BV nya haruslah diambil ketika kita kurang aktif, seperti pada sebelah malam, sebelum tido, ataupun ketika sahur. Hanya semudah itu konsepnya.
Apa akan terjadi jika peraturan di atas tidak diikut?
Sekiranya kita mengambil protein yang rendah nilai BV nya ketika sedang aktif, kita mungkin tidak akan mendapat 'supply' (bekalan) amino asid yang secukupnya, yang dikehendaki oleh sel untuk bekerja dengan effisien. Dan sekiranya kita mengambil protein yang tinggi nilai BV nya ketika tidak aktif, sel kita mungkin mendapat 'supply' protein/amino acid yang berlebihan daripada yang sepatutnya. Protein yang diambil secara berlebihan, sama juga seperti karbohidrat, akan ditukarkan kepada lemak badan (jika terjadinya kalori surplus).
Apabila protein sudah menjadi lemak badan, ada kemungkinankah ia akan ditukarkan kembali kepada protein?
Ini suka benar SS hendak sebut, jawapannya TIDAK BOLEH. Teringat SS ketika singgah di sebuah page forum di Facebook - "Aku Nak Kurus". Tak dinafikan terlalu ramai yang mempromosikan produk menguruskan badan di sana. Dan terdapat seorang promoter produk ini yang mendakwa produknya "mampu menukarkan lemak badan kepada protein!"
Ini sama sekali mustahil dan bercanggah dengan ilmu metabolisma manusia dan tidak pernah tercatat dalam mana-mana buku Biochemistry pun. Apabila protein atau karbohidrat yang diambil secara berlebihan itu ditukar kepada lemak badan, hanya ada 2 kemungkinan sahaja yang akan berlaku kepada lemak badan tersebut: sama ada ia akan terus disimpan sebagai lemak badan, atau digunakan sebagai tenaga alternatif (penggunaan lemak badan sebagai tenaga).
SS tidak pernah marah jika anda ingin menjual produk, cuma ketika berkata tu, biarlah ada bernas ilmu dan rujukannya. Sila berhati-hati dengan promoter seperti ini (demi menjaga maruah beliau, SS rahsiakan nama promoter dan produk yang dijual).
Boleh SS bagitahu senarai beberapa jenis protein berserta nilai BV nya?
Whey Protein Isolate: 159
Whey Protein Concentrate: 104
Telur (mentah/separuh masak): 100
Appeton Weight Gain: 100
Putih Telur (Albumin): 88
Susu Lembu: 88
Ikan: 83
Daging Lembu: 80
Daging Ayam: 79
Casein Protein: 77
Soy Protein: 74
Kacang Tanah: 55
Kekacang: 49
Kacang Soya: 47
Jagung: 36
Kekacang kering: 34
Suka entri ini? Share dengan rakan-rakan..
August 29, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Thx for the info Joy, nak tanya, mengapa Soy Protein dan Kacang Soya BVnya berbeza? Adakah Soy Protein telah di'isolate'kan juga sebagaimana whey?
Toffee, good question, but I guess you already answered it. Soy protein telah di 'isolatekan', means lebih concentrate, and most of soy protein products have been fortified with BCAAs, Glutamine and Arginine, which eventually increase it's BV compared to normal kacang soya
Terimakasih cikgu ! :)
salam ss, saya nak tanya sikit. adakah ingredients mana-mana tepung protein (contoh whey protein perisa vanilla) bahan-bahannya dari sumber binatang. Bukankah kalau bagi muslim ianya sesuatu yang diragui kehalalannya. Terima kasih.
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.