Bila sebut sahaja Taiping, ingatan orang takkan lari dengan lanskap indahnya yang berlatar belakangkan sebanjaran Bukit Larut. Tanyalah mana-mana orang Taiping, ataupun sesiapa yang pernah mengunjunginya, meskipun bandar Taiping berubah selari dengan pembangunan negara, namun lanskap 'Bukit Larut' ini tak pernah berubah sejak seabad yang lalu. Inilah yang orang-orang Taiping lihat sejak mereka kecil.
Geng-geng Susu Sejat yang lain meminta aku bawa mereka ke tempat-tempat makan yang masyuk, sedap dan berbaloi-baloi untuk wang. Agak-agaknya, nak bawa mereka ke mana ya? Adakah...
1 - Mee Udang Banjir Mak Teh di Kuala Sepetang (dah 2 kali masuk TV3)
2 - Cendol pulut dan Pasembor Bismillah
3 - Yong Tau Foo belakang Bomba
4 - Popiah Basah
5 - Kuey Teow DOLI (walaupun ramai yang berpendapat rasanya tidak sesedap yang asal)
Antara kelima-lima makanan favorite di atas, hanya satu sahaja yang betul-betul rendah kalorinya, iaitu Popiah Basah. Tapi aku dah berpesan dengan mereka, hujung minggu ini, kita lupakan soal diet sebentar, kita 'rasa sahaja' makanan yang kita nak rasa. It's a self reward. Self reward sekali dalam dua minggu bagus kerana ia mengurangkan tekanan mental ketika berdiet, agar kita sentiasa disiplin dan fokus dengan program yang sedang diikuti (seperti menurunkan berat badan). Esok dah pulang ke KL, barulah kita jaga makan balik, betul tak geng?
Tiga gambar di atas, Taman Tasik Tasiping, 2010. . cantikkan?
Nanti Susu Sejat ingat nak review Mee Udang Banjir Mak Teh.. Agak-agaknya apakah yang terkandung dalam mee udang tersebut? Kalori? Karbohidrat? Protein? Rasa? Semua itu akan dikupas dalam entri yang akan datang. Tunggu...
Suka entri ini? Share dengan rakan-rakan..
3 comments:
semua makann yg tertulis adalah menu wajib aku kalu balik taiping..rindu rasanya..
kalo saya,lebih suka masakan mak :-P
tq..at least,terubat gak rindu nak balik taiping..
manggosteen: yes.. menu wajib! ;D
Anonymous: masakan mak tu pun kira bolehlah jugak.. where else boleh dapat makanan sebegitu kan? ;)
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.